Kadangkala mungkin kita akan merasa kurang selesa sekiranyan imam Sujud terlalu lama, tetapi tahukah kita bahawa disana ada rahsia & 1000 hikmah yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan. Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :
1) Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
2) Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah
Allah dan menjauhi larangannya.Apa yang ditekankan
disini adalah sujud fizikal.
Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T.mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan,kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan
pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.
Menurut DR.MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain
ialah:
1. Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion
for breathing).
2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
3. Bernafas ketika sujud akan :
a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit
dari tempat asalnya.
b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed
uterus/fallenb and womb
c) Melegakan sakit hernia.
d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high
parts of the lungs).
f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @
SPLEEN (limpa)
g) Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan
mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
h) Meringankan bahagian PELVIS.
i) Memberi dorongan untuk mudah tidur.
j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut,punggung
ketika akan sujud dan bangun darinya.
k) Gerakan otot -otot itu menjadikannya (otot),lebih
kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan
perjalanan darah yang baik (smoothblood circulation.
l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah
dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan
bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).
n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita
bersalin,organ peranakkan mudah kembali ke tempat asal
serta terhindar dari sakit bergelombang perut
(convulsions).
o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak
bekalan darah dan oksigen.
p) Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri
dihadapan Pencipta, sifat sombong,riak, takabur dapat
dikikiskan.
q) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba
menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut
terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF
BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
r) Kesan sujud seperti yang diakui fahaman agama
lain umpama SIKH diPUNJAB, BUDHA mengamalkan YOGA
yang sujudnya hampir sama dengan cara sujud Islam
No comments:
Post a Comment