Thursday, March 19, 2009

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

1. Jaga solat pada awal waktu.Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

19 Hadis RASULULLAH Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Tuesday, March 17, 2009

Kisah Tempayan Retak

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar,
masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah
pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan
yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak
retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah
perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya,
tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si
tukang air hanya dapat membawa satu setengah
tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si
tempayan yang tidak retak merasa bangga akan
prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan
sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu
merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan
merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan
setengah dari jumlah yang seharusnya dapat
diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,
tempayan retak itu berkata kepada si tukang air,
"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan
saya ingin mohon maaf kepadamu."
"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"
"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa
setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya
bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah
membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan
menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya
telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.
Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak,
dan dalam belas kasihannya, ia berkata,
"Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin
kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan
retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada
bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu
membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir
perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang
dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak
itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu,
"Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di
sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di
sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang
tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari
akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah
menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di
sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang
dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama
dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga
indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa
kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan
dapat menghias Rumahnya seindah sekarang."

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita
sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun
jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan
kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang
bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan
takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita.

Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui
kekuatan kita.

Osama Bin Laden

KETIKA Timur Tengah menikmati peningkatan ekonomi hasil dari
perdagangan minyak pada tahun 1970-an, Muhammad bin Laden
berhijrah dari Yaman dan bermastautin di Saudi Arabia. Beliau
memulakan sebuah perniagaan yang kemudiannya menjadi salah satu
daripada syarikat pembinaan yang terbesar di Timur Tengah, iaitu
Bin Laden Corporation. Syarikat ini terbabit dengan pembinaan
jalanraya, bangunan, masjid, lapangan terbang dan lain-lain
prasarana di kebanyakan negara-negara Timur Tengah.

Osama adalah anak kepada Muhammad bin Laden. Sebagai seorang anak
muda, beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang
lain dan penglibatan syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula
Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi di Makkah dan Madinah telah
memberi kesan yang mendalam pada diri beliau.

Pada tahun 1979, sebaik sahaja beliau menamatkan pelajaran di
Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam
bidang Kejuruteraan Awam, Soviet Union menyerang dan menduduki
Afghanistan. Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonan bantuan
antarabangsa. Osama bin Laden menyahut seruan itu dengan menghantar
dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak keluarganya
ke Afghanistan.

Beliau tersentuh dengan permintaan dari umat Islam yang lemah
menghadapi 'kuasa besar' abad ke-20, kata beliau. "Dalam agama kita
terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang
menyertai jihad," kata beliau. "Sehari di Afghanistan adalah seperti
1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa."

Pada mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbangan sokongan. Beliau
merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai
tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih
mereka. Kemudiannya beliau juga telah merekabentuk terowong-terowong
pertahanan dan parit-parit di sepanjang sempadan Pakistan, memandu
jentolak dan menghadapi risiko tembakan helikopter Soviet.

Tidak lama kemudiaan, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan
menyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama beberapa
dozen pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas
sebuah bandar yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan.
Bagi para Mujahideen Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara bukti
pertama bahawa pihak Russia boleh dikalahkan.

Setahun kemudian, Bin Laden memimpin satu serangan ke atas tentera
Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang hebat
menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur syahid. Walaubagaimanpun
Osama dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga menghalau pihak
Soviet keluar dari kawasan tersebut dengan pertolongan Allah s.w.t.

"Beliau merupakan seorang wira bagi kami kerana beliau sentiasa di
barisan hadapan, sentiasa mara ke hadapan," ujar Hamza Mohammed,
seorang pejuang Palestin yang menyertai jihad di Afghanistan dan kini
menguruskan salah sebuah projek pembinaan Bin Laden di Sudan.

"Beliau bukan sahaja memberikan wang, malahan beliau juga memberikan
dirinya sendiri. Beliau datang dari istana untuk tinggal bersama-sama
dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab. Beliau memasak
dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka,
itulah cara Bin Laden.

"Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi pada sekitar
1980-an, Raja Fahd sendiri menawarkan Osama kontrak untuk membesarkan
Masjid Rasulullah s.a.w. di Madinah. Kontrak ini akan memberikan
untung bersih sebanyak $90 juta kepada beliau. Beliau menolak tawaran
ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk mengalih perhatian
beliau dari jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid. Beliau
pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah dan perniagaan beliau
semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang beliau belanjakan
untuk jihad. Bin Laden pulang ke tanahair dan disambut sebagai
kenamaan.

Tetapi kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula
mengatakan kebenaran, terutamanya yang menyentuh rejim Saudi.
Kerajaan tersebut sudahpun dikritik oleh para aktivis Islam kerana
penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam. Itulah yang
ditentang oleh Bin Laden.

Akhirnya, apabila Raja Fahd membenarkan tentera kuffar Barat masuk ke
Saudi ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik kerajaaan dengan
terbuka. Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas
aktivis Islam, lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991.
Sejumlah besar pejuang 'Arab Afghan' dari pelbagai negara mengikuti
beliau ke Sudan dan bekerja di syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan.
Beliau berusaha membantu Sudan dengan membina prasarana.

Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau penjenayah dan kewarganegaraan
beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan untuk
'kepala' beliau. Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga
menjadi lebih besar dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh
beliau telah dilakukan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri
walaupun mengalami kecederaan.

Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun, membiayai jihad
di pelbagai negara di dunia seperti Afghanistaan, Bosnia, Yaman,
Chechnya dan lain-lain tempat sehinggalah kerajaan Sudan mengusir
beliau atas tekanan dari Amerika Syarikat dan atas tuduhan beliau
membiayai gerakan pengganas (gelaran kuffar Barat kepada Mujahideen)
di seluruh dunia.

Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta,
beliau dianggap 'U.S. State Department' sebagai "seorang daripada
penaja kewangan utama gerakan extrimis Islam di dunia kini."
Ataupun seperti mana yang dikatakan oleh seorang pegawai Amerika
Syarikat, beliau adalah 'ikan besar' kerana reputasi keperwiraan
beliau memberikan beliau pengaruh. Menurut pegawai ini, "Bin Laden
adalah orang yang boleh pergi menemui seseorang dan berkata, "Saya
mahu awak tuliskan cek 6 angka", dan beliau akan mendapat cek
tersebut serta merta.

Pada musim panas 1996, Bin Laden berpindah dari Sudan ke Afghanistan.
Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para
Mujahideen seluruh dunia. Selepas keadaan yang semakin buruk di Saudi
Arabia, selepas penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda
Mujahideen, selepas kekayaan negara tergadai kepada Barat dan
pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Ladin membuat
keputusan untuk bertindak.

Pada 26 Ogos 1996, beliau mengeluarkan kenyataan yang pertama.
Dokumen berbahasa Arab setebal 12 mukasurat yang bertajuk,
"Pengisytiharan Perang" oleh Osama bin Muhammad bin Laden. Kenyataan
ini memberikan amaran terakhir kepada semua tentera Amerika agar
meninggalkan bumi suci umat Islam atau mereka akan menerima tindakan
ketenteraan dari para pemuda dengan bantuan Allah s.w.t yang sama,
yang telah mengalahkan kuasa kuffar terbesar di dunia, di Afghanistan.
"Umat Islam terbakar dengan kemarahan terhadap Amerika. Demi
kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan Saudi Arabia-bumi
tanah haram" - Osama bin Laden.

Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak
termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada jihad
sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan wang $300
juta? Masihkah kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada
Allah juga Rasul-Nya? Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga
melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita
melupakan mati. Mati yang hanya sekali itu... Untuk siapakah mati kita?

Sunday, March 15, 2009

Ringkasan Empat Mazhab

Pengasas Mazhab Hanafi - Imam Abu Hanifah (80-150 H / 699-767 M)

Abu Hanifah An Nukman b. Tsabit b. Zufi'at At Tamimi adalah pengasas Mazhab Hanafi. Beliau dilahirkan di Kufah, pada masa pemerintahan Al Khalid b Abd Malik. Sejak dari kanak-kanak lagi beliau telah mengkaji dan menghafal Al-Quran. Untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya tentang Al-Quran, beliau telah berguru dengan Imam Abu A'sim iaitu seorang ulamak yang terkenal pada waktu itu. Beliau juga mempelajari ilmu Fiqh dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w, seperti dari Anas b. Malik, Abdullah b. Aufa, Abu Tufail b. Amir dan ramai lagi. Dari sahabat-sahabat ini juga beliau mempelajari ilmu hadis. Beliau sangat tekun dalam mempelajari ilmu Fiqh dari seorang ulama yang terkenal pada waktu itu iaitu Humad b. Abu Sulaiman tidak kurang dari 18 tahun. 10 tahun selepas kematian gurunya (130 H) beliau berangkat ke Mekah pula. Di sana beliau berguru dengan salah saorang murid Abdullah b. Abbas r.a. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang yang sangat dalam ilmunya, ahli zuhud, tawaduk dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau tidak tertarik kepada jawatan rasmi kerajaan dengan sebab beliau pernah menolak jawatan hakim yang ditawarkan oleh Khalifah Al Mansur. Diriwayatkan kerana penolakannya, beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya. Beliau wafat pada usia 70 tahun dan dimakamkan diperkuburan Khizra. Pada tahun 450 H / 1066 M didirikan sebuah sekolah agama yang dinamakan Jami' Abu Hanifah. Diantara kitab karangan beliau seperti Al Musu'un, Al Makha'rij dan Fiqh Akhbar.



Pengasas Mazhab Maliki - Imam Malik B. Annas (93-179 H / 172-258 M)

Imam Malik b Annas adalah pengasas Mazhab Maliki. Beliau dilahirkan di Madinah dan berasal dari Kabilah Yamaniah. Sejak kecil lagi beliau telah menghafal Al-Quran dan ibunya sentiasa memberi dorongan agar beliau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau mula belajar dari seorang ulama yang terkenal waktu itu yang bernama Ribiah dan mendalami ilmu Hadis dari Ibnu Syihab disamping mempelajari ilmu Fiqh daripada para sahabat. Kerana ketekunan dan kecerdasan fikirannya, beliau terkemuka dalam bidang ilmu Hadis dan Fiqh. Beliau juga sangat berhati-hati dalam memberi fatwa. Beliau akan bermusyawarah terlebih dahulu dengan sekalian para para ulama sebelum mengeluarkan sesuatukan fatwa. Imam Malik memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Pernah beliau mendengar 31 Hadis dari Ibnu Syihab tanpa menulisnya dan bila diminta mengulanginya semula tidak satu baris pun yang dilupainya. Beliau berkata : Ilmu itu adalah cahaya, ia mudah dicapai dengan hati yang takwa dan khusyuk. Beliau juga menasihati agar menjauhkan keraguan katanya. Sebaik-baik perkerjaan ialah yang jelas, jika salah satu dirinya meragukanmu maka kerjakanlah apa yg lebih yakin menurut perkiraanmu. Antara kitab karangan beliau yang termahsyur ialah Al Muwatha iaitu sebuah kitab Hadis dan Fiqh. Imam Malik wafat pada usaha 86 tahun.



Pengasas Mazhab Syafie - Imam Muhammad B. Idris Asy Syafie Al Quraisyi (150-240 H / 717-820 M)

Nama penuh beliau ialah Muhammad b. Idris Asy Syafie Al-Quraisyi pengasas Mazhab Syafie. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 H bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dilahirkan dalam keadaan yatim dan di besarkan dalam keluarga yang miskin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri apa lagi malas. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu Hadis dari ulamak hadis yang terdapat di Mekah ketika itu. Pada usaha yang masih kecil lagi beliau telah menghafal Al-Quran. Pada usianya 20 tahun, beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadis di Madinah. Seterusnya beliau pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah wafat Imam Malik (179 H) beliau berangkat ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana. Selepas itu Khalifah Harun Al Rashid pula mengundang beliau untuk datang ke Baghdad. Pada tahun 198H beliau pergi ke Negeri Mesir dan mengajar di Masjid Amru b. As. Kitab karangan beliau yang mahsyur ialah seperti Al-Um, Amali Kubra, Kitab Risalah dan Usul Figh. Adapun dalam menyusun Usul Fiqh Imam Syafie dikenali sebagai orang yang pertama mempelupuri penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat disana.



Pengasas Mazhab Hambali - Imam Ahmad B. Hambal (164-241 H / 780-855 M)

Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b. Hambal b. Bilal Al Syaibani. Beliau dilahirkan di Baghdad dan dibesarkan dalam yatim oleh ibunya. Ayahnya meninggal semasa beliau masih bayi. Semenjak kecil beliau telah menunjukan sifat dan peribadi yang mulia. Sehingga menarik minat ramai terhadapnya, serta amat tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau memulai dengan belajar menghafal Al-Quran, Bahasa Arab, Hadis, Sejarah Nabi serta para sahabat dan para tabi'in. Untuk memperdalamkan ilmunya, beliau pergi ke Basrah dan berguru dengan Imam As Syafie. Beliau juga pergi menuntut ilmu ke Mesir dan Yaman. Diantara guru beliau ialah Yusuf Al Hassan, Ibnu Human dan Ibnu Abbas. Beliau banyak mempelajari dan meriwayatkan hadis tetapi tidak mengambilnya, kecuali yang sudah jelas sahihnya. Kitab karangan beliau yang terkenal ialah `Musuad Ahmad Hambali '. Beliau mula mengajar ketika berusia 40 tahun. Pada masa pemerintahan Al Muktasim ( Khalifah Abbasiah ) beliau telah dipenjarakan kerana bersependapat dengan fahamam yang mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah mahkluk. Beliau dibebaskan pada masa pemerintahan Khalifah Al Mutawakkil. Imam Ahmad wafat di Baghdad dalam usia 77 tahun.

KAIN KAFAN DARIPADA RASULULLAH S.A.W

Seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati rasulullah menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian wanita itu, Nai keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Nabi, lau berkata, "Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya," ujarnya.

"Baiklah," jawab Nabi S.A.W ringkas.
Setelah keluar dari suatu majlis, Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.
"Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasululah S.A.W.
Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana itu dipakainya, tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang. "Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat.

Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah S.A.W, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku."

WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW

Diriwayatkan bahwa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada'].
Pada masa itu Rasulullah SAW berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah Malaikat Jibril AS pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:

"Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."
Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahwa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah SAW, 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah SAW sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?" Bilal ra. tidak menjawab perlanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW" Lalu Rasultillah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bershalat ke atasku."

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.

Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,

"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,

"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahwa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Thursday, March 12, 2009

Nabi s.a.w. Dan Pengutip Hutang

Pada suatu hari seorang Yahudi telah datang menemui Rasulullah S.A.W kerana hendak menuntut hutangnya. Tetapi cara orang Yahudi itu datang menuntut hutangnya amatlah kasar sekali. Sebaik sahaja Yahudi itu menghampiri Rasulullah dia terus merengut baju Rasulullah sambil berkata: ''Hai keturunan Abdul Mutalib, engkau sememangnya dari golongan orang yang suka menangguh-nangguhkan hutang ''

Sikap kasar serta tutur kata yang tidak sopan dari orang Yahudi itu sangat-sangat menyakitkan hati Syaidina Umar bin Khattab yang berada bersama-sama dengan Rasulullah ketika itu. Dengan kekerasan jua. Oleh kerana perasaaan marahnya begitu meluap Syaidina Umar terus menengking Yahudi itu.

Rasulullah terkejut dengan sikap Syaidina Umar itu, kerana tidak dapat mengawal perasaannya. Walaupun,air muka rasulullah terbayang kemarahaannya tetapi baginda dapat mengawal perasaan itu. Lalu baginda berkata kepada Syaidina Umar: ''Wahai Umar, saya dan dia, mempunyai urusan yang lebih layak. Biarlah kami berdua yang menyelesaikannya dan janganlah kau mencampurinya. Sebaik-baiknya engkau suruh saya bayar hutang itu dengan baik dan suruh dia menuntut hutang dengan baik juga. Sebenarnya saya masih ada tiga hari lagi tempoh untuk membayar hutang tersebut''. Maka baginda menyuruh Syaidina Umar membayar hutang baginda dengan memberi dua puluh gantang gandum kepada Yahudi itu sebagai balasan kerana Syaidina Umar telah berlaku kasar terhadap Yahudi itu.

Apabila Yahudi itu melihat kejadian itu tiba-tiba terkeluarlah kata-kata dari mulut Yahudi itu, katanya: ''Wahai Umar, semuanya ini adalah merupakan tanda-tanda kenabian. Saya telah dapat melihat tanda-tanda tersebut terbayang di ruangan wajah nabi s.a.w. ketika saya memperhatikan wajahnya. Sebenarnya saya ingin mengetahui apakah benar-benar dia seorang nabi. Sebab itulah saya uji dia untuk mengetahui apakah dia seorang yang tinggi akhlaknya dan pemaaf. Naik saksi bahawa tiada tuhan tuhan disembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.''

Begitulah besarnya pengaruh sifat dan sabar Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan Yahudi yang mengasari baginda terbuka terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam.

Protokol Yahudi

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak
yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan
yang panjang berjela...Ada anak-anak yang tak hafal
Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza
yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah
Yahudi.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya
radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex
dimana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam
iklan...babak sex amat lumrah.. kekadang adegan
sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana
ada adegan sex... filem 18SX amat laris
berbanding filem U...VCD lucah mudah
didapati...dan harganya amat murah...Adakah
filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya
sungguh Yahudi laknatullah......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga
dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah
sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-
mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up
to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur
saja....ataupun penari kabaret....( aku tengok dari
filem P Ramlee )....Syabas yahudi...berjaya lagi
kamu....

4. ..Sport...
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki
dengan perempuan sama-sama berlumba mencari
nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola
sepak pun perempuan main juga.. .Bila bersukan,
tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang
bermain sahaja tak sembahyang...yang menonton
pun tak sembahyang juga.... Kalau menonton
di rumah...akan lambat sembahyang sebab takut
tak nampak macam mana masuk GOL....
Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak
kata...kerana sukan..sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..
Hiburan...dimana-mana kita dapat hiburan yang
melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100
majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga...yang
menayangkan buah mangga artis perempuan....
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke
konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk....
Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat
mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang
kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan
perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh
bogel beraksi...apa kena mengena bateri kereta
dengan perempuan?... kalau iklan Modess...perempuan
adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-
macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan bertutup aurat jika
bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang
menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut
lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut
diwarnakan....Bila warnakan rambut..mestilah
tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak
menayangkan warna rambut yang terkini
itu...Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang
pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah
sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu
tak kira yang cukur bulu kening lagi...
Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi
macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan
dari Barat termasukalah MC Donald, Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut(BoiKot)...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang
menjadi makanan Rasulullah s.a.w dipandang
hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan
Ramadhan...tapi makanan Barat menjadi
kebanggaan...Bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin
tentang halalnya? Contoh Kentucky..rempahnya
datang dari Amerika(tak pasti betul ke tak).... siapa nak pergi
check...halal ke tidak? Bila makan benda haram,
masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah
Umat Islam yang bukan perangai saja macam
Yahudi...tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain
entah macam-macam lagi.... aku cinta
Malaysia.....tapi lebih cintakan ALLAH........... oleh
itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH S.W.T..

Thursday, March 5, 2009

AIR MATA NABI

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,
orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan
di dunia. Dialah malaikatulmaut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa
Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril
memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana
sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai
dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maamalakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemahdi antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia
yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah
kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai
kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin... .

Hayati lah Makna yang tersirat

Sunday, March 1, 2009

Maths Problems

TAJUK: Sayyidina Ali and some Maths Problems

Sayyidina Ali (as) while he was a Khalifa was known
for his mathematical genius. One Day a person came
to him, thinking that since Ali thinks he is too
smart, I'll ask him such a tough question that he
won't be able to answer it and I'll have the chance
to embarrass him in front of all the Arabs.
He asked "Ali, tell me a number, that if we divide
it by any number from 1-10 the answer will always
come in the form of a whole number and not as a
fraction." Ali Looked back at him and said, "Take
the number of days in a year and multiply it with
the number of days in a week and you will have your
answer."
The person got astonished but as he was a Mushrik he
still didn't believe Ali. He calculated the answer
Ali gave him. To his amazement he came across the
following results:
The number of Days in a Year = 360 (in Arabic
Calendar)
The Number of Days in a Week = 7
The product of the two numbers = 2520
Now...
2520
÷ 1 == 2520
2520 ÷ 2 == 1260
2520 ÷ 3 == 840
2520 ÷ 4 == 630
2520 ÷ 5 == 504
2520 ÷ 6 == 420
2520 ÷ 7 == 360
2520 ÷ 8 == 315
2520 ÷ 9 == 280
2520 ÷ 10== 252
In another occasion...
A person was about to die, and before dying he wrote
his Will which went as follows...
"I have 17 Camels, and I have three sons. Divide my
Camels in such a way, that My eldest son gets half
of them, the second one gets 1/3rd of the total and
my youngest son gets 1/9th of the total number of
Camels"
After his death when the relatives read his will
they got extremely perplexed and said to each other
that how can we divide 17 camels like this.
So after a long hard thought they decided that there
was only one man in Arabia who could help them: Ali
Ibne Abi Taalib.
So they all came to the door of Ali and put forward
their problem.
Ali said, "Ok. I will divide the camels as per the
man's will. I will lend one of my camels to the
total which makes it 18 (17+1), now lets divide as
per his will"

The Eldest gets 1/2 of 18 == 9
The second one gets 1/3 of 18 == 6
and The Youngest gets 1/9 of 18 == 2
Now the total numbers of camels == 17
Then Ali said, "Now I will take my Camel back"

TITLE: JOKE

A husband shopping center (Husband Mart) has just
opened where a woman may go to choose a husband
from among many men. The store is comprised of
six floors, and the men increase in positive
attributes as the shopper ascends the flights.
There is, however, a catch. As you open the door
to any floor you may choose a man from that
floor, but if you go up a floor, you cannot go
back down except to exit the building. So a woman
goes to the shopping center to find a husband.

On the first floor the sign on the door reads:
Floor 1 - These men have jobs. The woman reads
the sign and says to herself, "Well, that's
better than my last boyfriend, but I wonder
what's further up?" So up she goes.

Second floor sign reads: Floor 2 - These men have
jobs and love kids. The woman remarks to
herself, "That's great, but I wonder what's
further up?" And up she goes again.

The third floor sign reads: Floor 3 -These men
have jobs, love kids and are extremely good
looking. "Hmmm,better" she says. "But I wonder
what's upstairs?"

The fourth floor sign reads: Floor 4 - These men
have jobs, love kids, are extremely good looking
and help with the housework. "Wow!" exclaims the
woman, "very tempting. BUT, there must be more
further up!" And again she heads up another
flight.

The fifth floor sign reads: Floor 5 - These men
have jobs, love kids, are extremely good looking,
help with the housework and have a strong
romantic streak. "Oh, mercy me! But just think...
what must be awaiting me further on?" So up to
the sixth floor she goes.

The sixth floor sign reads: "Floor 6 - You are
visitor 123,456,789,012,345 to this floor. There
are no men on this floor. This floor exists
solely as proof that women are impossible to
please. Thank you for shopping at Husband Mart and
have a nice day."