Wednesday, June 15, 2016

Something memorable

Didalam diari kehidupan bila mana kita diberi suatu peluang ianya merupakan suatu anugerah, peluang kedua pula merupakan anugerah berganda, peluang ketiga adalah triple bonus, tapi peluang keempat mungkin hanya dalam mimpi...

Sunday, May 29, 2016

Skodeng

I wonder how but neither why,
The unseen queen still keep me spy,
Peeping on her make me high,
Sometimes stalkering just hoping she will say hi,
But since... It's still ruin to die...
Alone is comfort, alone is good...
Alone is me, sometime it would...
Be alone, pour to me a smile...
Hoping on she, make me wild...

Tuesday, May 24, 2016

Maafkan aku

Maaf kan aku syg kalau tak mampu untuk hadir sebagaimana mahu mu...
Maafkan aku jika tak cukup sempurna untuk membahagiakan diri mu...
Kan kurelakan jika perpisahan itu membuatkan diri mu lebih bahagia tanpa aku disisimu...

Sunday, May 22, 2016

Sesungguhnya aku berserah

Alhamdulillah ya Allah... Walaupun hamba Mu ini penuh dengan noda dan dosa, namun masih lagi Kau berikan kesempatan untuk masih menikmati nikmat Mu...
Dan masih lagi perkenankan doa ku pada Mu... Aku amat bersyukur ya Allah...
Aamiiin... Aamiiin... Ya Robbal Alamiin...

- Feeling so worried-

Ya Allah, andainya kesakitan dan kemudharatan yg dialami itu bisa dipindahkan,
Aku rela menjadi galang penggantinya...

Tuesday, May 17, 2016

Sayangku...

Syg...
A single promise that I've make,
Poured my care to you for my entire life...

Monday, May 16, 2016

Negarawan Sebenar

ANUGERAH YANG DITERIMA TUN MAHATHIR (DALAM & LUAR NEGARA), BAGI MENGIKTIRAF PENCAPAIAN & MENGENANG JASA BELIAU (DARI 1965 – SETAKAT 2012)

Untuk dalam negara diantaranya ialah SMN (Tun) YDP Agong, DK, DUK (Kedah), DK (Kelantan), DK(1) Johor, DK(1) Selangor,  5x Dato’ Seri, 2x Dato’ Seri Utama, 2x Dato’, 1x Pehin (Srwk), 1x Datuk Patinggi (Srwk), 4x Dato & berpuluh Phd

31 Ogo.1965 Pingat Perak, Hari Malaysia Ke -2

8 Jun 1977 S.S.D.K.- Seri Setia DiRaja Kedah (Dato' Seri)

24 Okt.1977 S.S.A.P.- Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (Dato' Seri)

8 Mac 1978 S.P.M.S.- Seri Paduka Mahkota Selangor (Dato')

29 Okt.1979 S.P.M.J.- Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (Dato')

30 Jun 1980 D.P. Sarawak- Dato Patinggi Bintang Kenyalang (Datuk Patinggi)

15 Jul.1981 D.U.P.N. Sabah- Darjah Utama Pangkuan Negeri (Datuk)

15 Ogo.1981 S.P.N.S. - Seri Paduka Negeri Sembilan (Dato' Seri Utama)

23 Ogo.1981 Knight Grand Cordon (Special Class) of the Most Exalted Order of The White Elephant Thailand

10 Sep.1981 S.P.D.K.- Sri Panglima Darjah Kinabalu (Datuk)

15 Sep.1981 S.P.C.M.- Seri Paduka Cura Simanja Kini (Dato' Seri)

16 Nov.1981 S.P.D.K.- Seri Panglima Darjah Kinabalu (Datuk)

20 Nov.1981 D.U.P.N.- Darjah Utama Pangkuan Negeri, Pulau Pinang (Datuk)

28 Apr.1982 S.S.M.T.- Seri Setia Sultan Mahmud Trengganu (Dato' Seri)

17 Ogo.1982 D.K.N.S.- Darjah Kebesaran Seri Paduka Negeri Sembilan

14 Dis.1982 D.U.N.M.- Darjah Utama Negeri Melaka (Datuk Seri)

18 Feb.1983 Lions Clubs International `Head of State' Humanitarian Service- Dadah Abuse

9 Ogo.1983 Pingat Grand Gwang Hwa, Presiden Korea Selatan

22 Mac 1984 Nishan-I-Quoid-I-Azam, Pakistan

28 Nov.1984 1st Master Builders Gold Medal

18 Dis.1984 Highest Award-Grand Cross of National Order, Mali

17 Jan.1985 P.I.S. 1- Pingat Pertama Ibrahim Sultan

20 Mei 1985 Bapa Pembangunan Moden, Umno Bahagian Pasir Salak

6 Feb.1987 Bintang Maha Petra Adi Purna, Indonesia

29 Ogo.1987 Anugerah Emas MIC

17 Jan.1988 D.U.K. -Darjah Utama Kedah
Apr.1989 D.K.1- Darjah Kerabat Yang Amat Mulia (Kelas Pertama) Johor

Mei 1989 Honorary Award of Freedom of the Worshipful Company of Carpenters

1 Ogo.1990 The Order of Liberator, Venezeula

20 Mei 1991 The Farther of Human Resources Development Workers
Jun 1991 Fellow Kehormat, Institut Pengarah Malaysia

21 Jun 1991 The Order of the Merit of Chile, Chile

2 Jul.1991 The Order of St Martin, Argentina

14 Ogo.1991 Paul Harris Fellowship, Rotary International

Sep.1991 Wira Nusa Raya, UMNO Sabah
Sep.1991 The Order of the Aztec Eagle Award, Mexico

30 Sep.1991 Grand Cordon of the Order of the Rising Sun, Maharaja Akihito, Jepun

Okt. 1991 Honorary Fellowship of the Royal College of Surgeons, Ireland

6 Okt.1991 Fellow of the Royal College of Physicians, Ireland

15 Apr.1992 Warga Terhormat, Melaka

5 Mei 1992 Arkitek Pemodenan Malaysia, Majlis Belia Malaysia

Jan 1993 Ahli Kehormat, Institut Arkitek Landskap Malaysia

Jul.1993 Honorary Citizen, Tirana City

11 Mac 1996 The Commander Grand Cross of the Royal Order of the Polar Star, King Gustaf, Sweden

19 Apr.1996 The Dragon of Bosnia, Bosnia-Herzegovina

Jun 1996 Anugerah Jawaharlal Nehru, Kerajaan India

2 Jul.1996 Knight Commander, Presiden Uruguay

2 Ogo.1996 Fellow Kehormat, Akademi Sains Malaysia

5 Dis.1996 Anugerah Cemerlang Diraja, Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis

14 Jan.1997 Anugerah Antarabangsa Raja Faisal 1997

6 Apr.1997 Anugerah Mubarak al-Kabir, Kuwait

8 Apr.1997 Anugerah Ahmad Al-Fatah, Bahrain

16 Jun 1997 Anugerah Wisha-Al-Akbar, Lebanon

11 Sep.1997 Ijazah Kehormat Kedoktoran Dalam Kemanusiaan, oleh Universiti Kebangsaan Mongolia

Sep.1997 Anugerah Jose-Marti, oleh Majlis Kerajaan Cuba

24 Nov.1997 Fellows of the Royal College of Physicians of Edinburgh

17 Mac 1998 Anugerah Atsumi-Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Kontraktor Asia dan Pasifik Barat

20 Apr.1998 Anugerah Fellowship Kehormat, oleh Chartered Institute of Marketing, United Kingdom

9 Mei 1998 Doktor Kehormat Persuratan, oleh Universiti Al-Azhar

3 Ogo.1998 Commandeur de la Grande Etoilei, oleh Presiden Djibouti

4 Jan.1999 Anugerah Keamanan U Thant, oleh pemimpin keamanan antarabangsa, Sri Chinmoy

3 Nov.1999 Pingat Emas, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

5 Nov.1999 Penerima pertama Anugerah Presiden, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)

31 Dis.1999 Rotary Man of The Millenium, oleh Rotary International District 3300

2 Sep.2000 Anugerah Kecemerlangan `Lifetime Achievement Award 2000', daripada America Finance House-Lariba

5 Mei 2001 Anugerah Beret Hijau Kehormat, oleh Rejimen Gerak Khas

7 Jun 2001 Ijazah Doktor Kehormat, dari Universiti Meiji, Jepun

10 Sep.2001 Anugerah Pencapaian Milenium Asean, daripada Forum Perniagaan Asean sebagai mengiktiraf usaha-usaha beliau dalam membawa perubahan di Malaysia sehingga menjadi sebuah negara contoh dan dinamik serta sumbangan beliau kepada Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

21 Mac 2002 The Grand Cross of the Order of Merit of the Republic of Poland

12 Apr. 2002 D.K. - Darjah Kerabat Al-Yunusi Kelantan

19 Jan.2003 D.K. - Darjah Kerabat Kedah

31 Jan.2003 Diisyhtiharkan sebagai Bapa Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada Majlis Makan Malam Kumpulan PNB

22 Jul.2003 S.B.S. - Darjah Satria Bintang Sarawak (Pehin)

5 Ogo.2003 Orden Drusby Friendship (Darjah Setiakawan), iaitu anugerah tertinggi kerajaan Rusia

17 Sep.2003 Anugerah `Duta Keamanan', oleh Persekutuan Antara Agama dan Antarabangsa Bagi Keamanan

29 Sep.2003 Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (D.K.), Selangor (Darjah Kerabat Selangor)

22 Okt.2003 Anugerah Felow Kehormat, Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan Asean

31 Okt.2003 S.M.N. - Seri Maharaja Mangku Negara, Y.D.P.Agong (Tun)

4 Dis.2003 Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia

21 Dis.2003 Diisytiharkan sebagai Bapa Pemodenan Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

15 Jan.2004 Ijazah Kehormat Doktor Persuratan, Universiti Islam Antarabangsa

30 Jan.2004 Ijazah Kehormat Doktor Pemikiran Islam, Universiti Malaya

Feb.2004 Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang ekonomi pembangunan, Universiti Padjadjaran, Indonesia

11 Mac 2004 Anugerah Mahaputra, daripada Universiti Utara Malaysia

1 Apr.2004 Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kejuruteraan dan Teknologi, Universiti Teknologi Petronas

15 Apr.2004 Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik dan Kerajaan, Universiti Teknologi Mara

17 Apr.2004 Anugerah Felow Kehormat Tertinggi, Institut Jurutera Malaysia

21 Apr.2004 Ijazah Kehormat, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Tsinghua, China

30 Apr.2004 Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia

2 Jun 2004 Doktor Kehormat Undang-Undang, Universiti Keio, Jepun

15 Jul.2004 Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan, Universiti Utara Malaysia

17 Jul.2004 Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Putra Malaysia

25 Jul.2004 Ijazah Kehormat Doktor Sains Keilmuan, Universiti Multimedia Malaysia

24 Ogo.2004 Ijazah Kehormat Doktor Kepemimpinan dan Pembangunan Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

4 Sep.2004 Ijazah Kehormat Doktor Sains, Hamdard University, Pakistan

2 Okt.2004 Ijazah Doktor Kehormat (Kajian Pembangunan), Universiti Malaysia Sarawak

3 Okt.2004 Anugerah Pemikir 2003/2004, Lembaga Amanah Minda

1 Dis.2004 Grand Fellow Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Kuala Lumpur

21 Feb.2005 Anugerah Pencapaian Sahabat Islam, London

12 Mac 2005 Ijazah Kehormat Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pakistan

20 Mac 2005 Felo Kehormat, Institut Kelautan Malaysia (IKMAL)

26 Mei 2005 Adams Peak Award, Majlis Masyarakat Islam Sri Lanka

25 Jul.2005 Tokoh Perdana Buku Negara 2005

6 Ogo.2005 Anugerah Sains dan Teknologi, Persatuan Saintifik Malaysia

13 Ogo.2005 Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Teknologi Kejuruteraan, Universiti Kuala Lumpur

27 Ogo.2005 Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

28 Ogo.2005 Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains, Universiti  Tunku  Abdul Rahman

8 Sep.2005 Anugerah Pencapaian Seumur Hidup, majalah Malaysia Tatler

30 Nov.2005 Hadiah Antarabangsa Gaddafi mengenai Hak Asasi Manusia, Libya

17 Apr.2005 Ijazah Doktor Kehormat Teknologi Kejuruteraan, Universiti Kuala Lumpur

20 Mei 2006 Anugerah 'Minda Agung', Persatuan Rekacipta dan Rekabentuk Malaysia (MINDS)

19 Nov.2006 Mother Teresa Memorial International Award for Social Justice, India

1 Feb.2008 S.U.M.W. - Seri Utama Mahkota Wilayah (Datuk Seri Utama)

30 Jun.2008 Anugerah 'BrandLaureate Hall of Fame', Asia Pacific Brands Foundation

26 Dis.2008 Ijazah Doktor Kehormat, Universiti Aden, Yemen

8 Jun 2009 Ijazah Doktor Kehormat Kemanusiaan, Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing (LUCT)

26 Jul.2009 'Collegian of the Century', Kolej Sultan  Abdul  Hamid

19 Ogo.2009 Ijazah Doktor Kehormat Perubatan, Universiti Perubatan Antarabangsa

3 Okt.2009 Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Pembangunan dan Teknologi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka

5 Nov.2009 Tokoh Takaful 2009, daripada Persatuan Takaful Malaysia

16 Dis.2009 Anugerah Keamanan Global, Yayasan Ramadhan, United Kingdom

27 Mac 2010 Bintang Pribumi Perkasa Negara, oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

24 Sep.2010 Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

27 Feb.2011 Anugerah Khas Alumni daripada Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

17 Mac 2011 Ijazah Doktor Kehormat Kejuruteraan, Universiti Malaysia Perlis

21 Jun 2011 Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, sempena Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2011

1 Okt.2011 Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Malaysia Terengganu

3 Okt.2011 Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pentadbiran Awam), Universiti Islam Yala, Thailand

18 Nov.2011 Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ICT oleh Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom)

14 Dis.2011 Ahli Kehormat Seumur Hidup Kolej WIT

27 Jan.2012 Ijazah Doktor kehormat Sains Politik, Universiti Naresuan, Thailand

27 Mac 2012 Anugerah Tokoh Pereka Negara, Majlis Rekabentuk Malaysia

17 Mei 2012 Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif, Universiti Malaysia Pahang

26 Jun 2012 Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat JEC Asoa 2012

**Nota: tu baru sampai 2012, lepas tu ada lagi sampai 2016. Nanti update lagi

#RespectTunM

Selamat Menyambut Hari Guru

Pertanyaan pertama yang dilontarkan pemimpin tertinggi Japan, Kaisar Hirohito selepas Hiroshima dibom ialah ;

Berapa banyak guru yang masih hidup? "
Bukan pertanyaan tentang berapa jumlah tentera, doktor, lawyer, arkitek, engineer.. etc yg mati atau berapa kerugian material yang dialami...

Bila ditya knp bertanya ttg guru? Jawab kaisar, hya guru yg akan melahirkan puluhan ribu doktor, lawyer, arkitek, engineer utk pembangunan semula bangsa ini..

pertanyaan itu menyadarkan tentang pentingnya peranan guru dalam membangun bangsa yang sedang terpuruk.... ketika kekayaan bangsa sudah hacur lebur, di tangan para guru letak masa depan bangsa berada..

Guru adalah pelita kegelapan yang menerangi jalan masa depan..

SELAMAT HARI GURU. GURU PEMBINA dan NEGARA BANGSA

Sunday, May 15, 2016

It's okay for me...

It's okay...
Saya faham, x penting pun apa yang saya cakapkan...

#Kadang² hidup kita ni cuma ibarat suatu persinggahan. Hilang dahaga, berlalu lah sang kelana, tinggalkan segala kenangan manis bersama, sambil sedaya menahan sang bayu yang cuba menyapu semua kenangan yang ada...

Rindu

Rindu...
Rasa yang semakin meruntun jiwa,
Menjadi semakin curang, bercambah tanpa cara untuk ianya berkurang...

Rindu...
Dan disini ada satu hati yang senantiasa menunggu, membelenggu satu jiwa...
Dan dikau tak kan pernah jauh dariku, kerana yang menjarakkan kita hanyalah raga, bukannya rasa...

Ingin kuucapkan disini,
Sesungguhnya aku teramat rindu...

Itu saja yang ku ingin kau tahu...

Monday, April 18, 2016

Derasnya Hujan

Ingin ku berdiri di bawah derasnya hujan,
Agar tersimbah akan amarahku...

Ingin ku berdiri di bawah derasnya hujan,
Agar dapat dicuci rasa kecewaku...

Ingin ku berdiri di bawah derasnya hujan,
Agar dapat dialir segala deritaku...

Ingin ku berdiri di bawah derasnya hujan,
Agar dapat dibanjiri bahagiaku...

Ingin ku berdiri di bawah derasnya hujan,
Agar tak siapa sedar kalau aku sedang menangis...

Sunday, April 3, 2016

Limited Edition T-shirt

LIMITED EDITION KHAS BUAT SEMUA PEMINAT NEGARAWAN RESPECT TUN MAHATHIR!

* Pakai blok (Silk screen material)
* HARGA HANYA RM30
* Sengaja kasi murah-murah, khas untuk menghargai semua peminat negarawan
* Warna: Hitam, Putih, Grey
* Lengan pendek RM30
* Kalau nak lengan panjang dan 2 jenis warna baju RM40
* Harga tidak termasuk postage
* Kalau nak RM30, datang ambil sendiri dari saya
* Whatsapp/call/sms: 0162511309 (Aiediel Jamal)
* Tak dapat jumpa design khas ni di tempat lain. Design khas di hasilkan oleh Ratu Naga sendiri untuk peminat Negarawan yang Respect Tun M. Bonus untuk semua dengan harga murah

https://www.facebook.com/aiedieljamalofficialpages/photos/a.738479196285470.1073741829.738412196292170/807062989427090/?type=3

Jalan Ke Syurga

Kisah budak Kecik yang perlu dijadikan teladan!

“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata

“Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata
“Bersedia untuk apa?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah
“Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu
“Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
”Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.
Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.

Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.
Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.
Sebelum selesai dia bertanya

“Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.

Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
”Saya bertanya sekali lagi.
Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.

Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”.
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.

Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.

Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.
Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis.
Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR !!

P/s: sekecil2 amalan kalau xbuat pasti d persoal kelak.. Allah.. moga dakwah walau sepotong ayat dapat sampai kepada hambaNYA yg lain..

Monday, March 21, 2016

El Nino datang lagi

Melompat lompat lah bebudak sekolah yer. Baru abih cuti penggal sambung lagi cuti.

Sunday, March 20, 2016

Peminat bonsai

Berminat dengan hiasan bonsai? Seorang anak muda dari daerah Baling, Kedah mula mengusahakan tanaman bonsai yang di rekabentuk mengikut minat pelanggan.
Berminat? Boleh hubungi beliau sendiri, dijamin harganya amat berpatutan 0147571244 Amirul.

Saturday, March 19, 2016

Bahang cuaca melampau.

Akibat fenomena bahang cuaca yang melampau dan dikatakan boleh mencecah sehingga 40°C, ramai yang jadi khuatir untuk keluar beriadah dan bersantai di luar. Malahan ada yang mengambil kesempatan untuk sebarkan berita paslu tentang cuti semester sekolah.

Tapi jangan bimbang yer ibu bapa (kalau adik² mesti seronok terlompat²), Perkara ni dah disahkan tidak benar, sessi persekolahan akan tetap diteruskan seperti biasa.

Friday, March 18, 2016

Lama betul aku tak jengok blog ni.

Dah bersawang rasanya blog ni. Bz sangat² dengan urusan lain kat dunia ni. Rasanya idea banyak mencurah, tapi bila dibiarkan seperti mencurah air di tengah padang pasir, terus hilang meresap dalam rekahan bahang yang panas.